BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 9, 2013

Bandung in My Heart - 2013 (part 1)

Assalamualaikum

Wah, seronoknyeee! Bersemangat nak update blog ni. Ada citer menarik tau... Jeng jeng jeng....

pemandangan di udara (KB - KL)
 Ek eleh... g KL je pun...gempak bagai. hewhew...

But wait, hey, I wasn't just stop in KL, but heading off to Bandung! Yeah, Bandung, Indonesia. Frankly speaking, this was the first time I'm having a vacation in oversea. That's why excited semacam...kohkoh.

Day 1: 4th June 2013
Bawa bekal nasi kerabu, makan di food court LCCT. We are true Kelantanese after all. hahaha

Indonesia Airbus
 The flight to Bandung had been delayed for about half an hour.
The three of us : me, my younger brother and younger sister

Form to apply visa on arrival


 Saya tak dapat melupakan perbezaan yang ketara antara pemandangan di ruang udara antara Malaysia dgn Indonesia. Just see the pic, and you will know
Malaysia: during take off
Indonesia: during landing
Can't u see the difference? Bagi saya, pemandangan di Malaysia masih ada banyak pokok-pokok menghijau
Tapi di Bandung, rumah dan bangunan yg ada sangat padat dan rapat-rapat!

here we are! Alhamdulillah, safely arrived at Bandara Husein Sastranegara Bandung!  

As we arrived there, we have to be checked by the immigration there. The long queue made us feel quite uncomfortable. Since everything went very well, we felt very relieved. Alhamdulillah.

Then, as we stepped out from the main gate, the 'supir' of the hotel already waiting for us. His name is Dani. He is such a nice supir. Bila naik je mobil utk ke hotel, Dani tu pasang Malaysian song sepanjang perjalanan.. Dalam pikiran ku ini, 'Oh, orang Indon pun dengar lagu Malaysia ek?' gittew.. But, suddenly ..ting! lampu dalam kepala ku ini menyala! Then, pikiran ku kata 'Indonesia berlambak2 lagu yg best2. kenapa org Indon nk dengar lagu Malaysia pulak? Ooo...ni mesti nak meraikan kami, org Malaysia yg dtg dr jauh '..hehe

Setelah 15 minit perjalanan drpd airport, tibala kami di sini!
We stayed here for 4 days/3 nights. The front desk on duty on that day was a very nice guy. Dia siap tunjukkan bilik, buka pintu and on air-cond lagi... wahwah..layanan 1st class! Terima kasih ya mas! (^_^)
Lupa plak nak tanya 'Mas, nama nya siapa?' muahaha

----bersambung Part 2---------

Saturday, April 13, 2013

~Bila ku buka langkah...~

Assalamualaikum

Bulan 12 hari tu, bila tengok kat buku pengurusan skolah, under unit koku, terpampang helaian yg tertulis:

Unit Uniform : SILAT
Guru Penasihat : Sesi pagi: 1) Cikgu ..... -ketua
                                      2) Cikgu .......
              Sesi petang : 1) Cikgu I***** (namaku) - ketua
                                   2) Cikgu .......

Mak aiiiii..... mati kutu aku time tu... apasal la nama aku bukan under Pengakap?? Padahal sejak posting tahun lepas lagi aku dh bagi siap2 salinan sijil2 kepengakapan yg aku ada pd office. Dah la jadi ketua guru penasihat plak tu utk sesi petang... sungguh xtau pape pasal silat

Then, bila dah start perjumpaan dan latihan, baru aku tahu sedikit demi sedikit pasal silat ni berdasarkan pemerhatian terhadap latihan yg budak2 buat selama ni.

Allah SWT Maha Mengetahui setiap sesuatu. Mungkin aku dicampakkkan posting di sini utk belajar sesuatu yg baru. yg x pernah terjangkau dek akal fikiran. Subhanallah!

Dan, hari ni budak2 tu sertai bengkel pemantapan silat anjuran persatuan. Believe it or not, aku pun hari ni join jugak diorang bengkel tu. Bukan sebagai urusetia or guru pengiring semata-mata tau, tapi sebagai PESERTA! tergerak hati aku 3 hari lepas utk join sebagai peserta. boleh la blajar skit2. So, aku pun jadik la budak baru belajar...keh3


Anak-anak murid form 1

Campur2 ngn skul lain gak

Pesilat-pesilat


They r happy, and so I am

Since this is the first time aku bukak langkah silat, tak pelik pn aku terkial-kial time budak2 tu laju je buka langkah silat diorang. Beberapa kali jurulatih yg ada kt situ kata " OK cikgu?" aku jawab "OK". Then dia kata "Style la cikgu".    Haha...

Terima kasih banyak2 kat jurulatih-jurulatih yg sudi mengajarkan kami hari ni. sungguh aku tidak percaya, kutelah pelajari beberapa buah langkah hr ni. walau papepun, masih perlukan baaanyakkk latihan lagi. Fuh, semangat ku untuk mempelajari silat sudah bermula! Ku berazam utk turun training skali ngn budak2 tu every week pas ni...ngeh2. Walhal, almost every week before this, aku tercongok je tengok diorang training ngn jurulatih, dan aku datang just utk tanda attandance diorang. Betapa ruginye aku!

Dan akulah satu-satunye guru penasihat silat skolah ni yg pernah blajar silat skali ngn budak2...kata pelajar silat form 5 thn lps yg join sama hr ni..

InsyaAllah, langkah ku bukan hanya utk hari ni, tapi sampai aku pelajari dan kuasai seni2 langkah silat yg asas. Doakan ye!

Friday, March 15, 2013

Daffodilians

Assalamualaikum

Wah, dah laammmaaa sangat tak update blog ni! Rindu nyer...

Tapi, tu lah, tak de cite yg best nak share....

Hmm...kalau ada pun, xbest la kan klu share perkara yg tidak menyeronokkan. kan??

Ok lah, sejak posting ke sini bermula Mei tahun lepas, saya tak pernah share anythig about school. Realize it or not?

Sedar tak sedar, hampir setahun saya di sini. Bergelumang dengan perangai anak didik Masa update eoperasi, mata ni terpaku pada tarikh persaraan.... iaitu xx.xx.2048 ! Mak aih, lama lagiii! Baru tersedar dalam masa tak sampai setahun jadi guru tetap ni, rasa macam dah lama jd cikgu....huhu. Dah macam2 ragam perangai anak murid yg jumpa.

Dalam banyak2 tugasan selain mengajar, tugas sebagai guru kelas adalah yang paling renyuh. Tapi, saya sangat suka dengan kerja sebagai guru tingkatan! Guru tingkatan tu ibarat ibu bapa kedua semasa di sekolah. Guru tingkatan la yang buat everything tentang anak2 murid di bawah jagaannya. Semua maklumat tentang pelajar tu diketahui. And, I did learn so many things through this task as a form teacher. Itu termasuk la form teacher jugak yg ajar diorang main bola jaring utk 1M1S yang dipertandingkan inter-class.

Dan, utk tahun ni, sy pegang kelas yg namanya DAFFODIL!



I do love all of you my Daffodilians! Dengan semua leteran, nasihat dan denda yang diberi, teacher did it just because I love you!

Alhamdulillah, my Daffodilians are obedient although they are in the 9th class out of 11. Still mendengar kata even kerja rumah yg diberi always ''siap''...huhu

Last year, I taught them Maths, while this year Science.

Being the form teacher makes me feel as a mom to 37 sons and daughters. Hard to manage but satisfy when my duty finished on time.

.............................................................................................................................................................

Honestly, when I first came here last year, I felt that the students of this school are aweful. So much discipline cases, disrespectful towards teachers, etc. Every  single day, I missed my previous school a lot. Which school do u think? Of course the school during my practicum session ! Every days and nights, I missed those moments in that school...and tears flow down my cheecks...

But soon I realized that Allah SWT brings me here, to this current school must be for something good that I don't know. InsyaAllah, day by day, the love will grow bit by bit. I pray that my love for my students will make them feel and realize that education and school are very important.

Pray that they will be a better person day by day. Amin.

Friday, December 14, 2012

Bicara Selebriti 1 Disember





Assalamualaikum

Pada 1 Disember yg lalu, masuk2 je stadium, masyaAllah, ramai nye orang!

Takpe, kitorang celah jugak masuk nk duk depan... tapi x dapat la depan sangat pun. just nice la.

Layan je la gambar kt bawah ni...Bicara Selebriti yg memang awesome! Walaupun hujan sangat lebat, rakyat Kelantan yang membanjiri stadium untuk memeriahkan program ni tetap tidak berganjak.

Tahniah atas penganjuran program yg superb ni! =)










Sebelum hujan...



hujan mulai membasahi bumi....


Diberitakan bahawa seramai 15 000 orang yg membanjiri stadium pada malam itu.

I'm waiting for the next series of BICARA SELEBRITI in Kelantan. Hopefully I'm in Kelantan at that time. 

Ja mata ne.

wassalam.

Sunday, December 9, 2012

Bicara Wanita 1 Disember @KTC

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk join Program Bicara Wanita yang sangat2 best ni. Ia adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah unit Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini adalah sempena World Islamic Seminar, yang bertemakan Islam Is The Solution.


Apa yang menarik, program ini adalah khusus untuk kaum Hawa. Memang puas hati sangat dengan perjalanan majlis.



Pasangan yang sangat serasi, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah
-sumber gambar: FB UPWKK-
Baiklah, saya akan kongsikan mutiara ilmu yang diperolehi sepanjang program diadakan. Perjalanan program adalah seperti berikut:

8.00 pagi: 
Pendaftaran di kaunter pintu masuk ke dewan KTC. Alhamdulillah, dapat doorgift yang berupa beg, yang diisi dengan risalah-risalah dan sticker yang menarik, mengenai pembinaan Keluarga Sakinah, Mawaddah. Juga ada sebungkus roti dan air kotak.

9.15 pagi: 
Majlis dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah dan salah seorang pelajar dari SMU(A) Maahad Muhammmadi Perempuan membacakan surah At-Tahrim, ayat 1-9. Kemudian, MC membacakan tafsir ayat yang dibacakan tadi.

Kemudian, ada persembahan tayangan video dan juga persembhan oleh adik Nik Farah Aina yang menyanyikan lagu Istimewa.

10.00 pagi:
Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah tiba dan forum yang brtajuk ''ANAKKU PERMATA HIDUPKU'' dikupas dengan begitu menarik oleh panel. Puan Mazidah selaku moderator dilihat begitu bersemangat dan menjawab pantun ustazah dengan begitu bersahaja.

Dalam forum ini, banyak sekali ilmu yang diperolehi. Antara yang sempat dikutip ialah:

1) Orang yang mandul = orang yang ramai anak tapi tiada yang dapat memberi manfaat apabila kita meninggal.

2) Petua '3B' mengenai anak permata hidup:
     i) Berharga dunia, berharga di akhirat
     ii) Bangga
     iii) Beri kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika ibu bapa pandai didik anak.

3) Aank = aset dunia akhirat

4) Pendidikan anka-anak bermula seawal perkahwinan dan paling penting sewaktu mengandung.
    Apa yang ibu bapa lakukan ketika waktu mengandung sangat mempengaruhi anak apabila mereka besar.

5) Pentarbiahan anak-anak di tangan kita. Sediakan makanan berkhasiat, HALALAN TOYYIBAN. Ustazah juga ada berkongsi tips, dalam keluarganya dia x bagi anak2 dan cucu dia makan makanan ringan yag ternyata membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ternyata Ustazah suami isteri menekankan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk keluarga mereka.

6) Tips peranan ibu mengenai halalan toyyiban:
  i) pastikan punca rezeki betul2 halal
  ii) pastikan beli produk yang halal lagi suci, di kedai orang Islam, produk orang Islam.
  iii) pastikan air tangan isteri/ibu
  iv) banyak berdoa,masak yang berkhasiat

7) Bahasa kasih sayang:
a) kasih sayang- jalan masukkan hati kita ke dalam hati anak
b) kata-kata semangat, rangsangan, inspirasi, motivasi.
c) beri hadiah
d) sentuhan fizikal- peluk, belai
e) masa - sentiasa ada masa dengan anak, solat bersama, bercuti bersama
f) sentiasa memberi khidmat


Banyak lagi la ilmu yg dikongsikan...

Setelah tamat sesi ini , terus sambung slot seterusnya dengan Ustaz NorAzariza Mohd Alawi

11.30 pagi:

Ceramah oleh : Ustaz NorAzariza Mohd Alawi

Tajuk: DI MANA MARTABAT WANITA?

-sangat2 best... x kering gusi dengar ceramah ustaz-

12.45 tgh hari:

Persembahan oleh adik Nik Farah Aina, diikuti oleh persembahan pentas berbentuk pentomin. Sangat2 menarik dan menghiburkan. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan menerusi persembahan tu sampai kepada penonton.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada mereka yang berkenaan.

1.30 petang: 

Majlis bersurai. Hadirin diberikan makan tengah hari.


Rumusan:

Saya sangat berpuas hati dan mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran program yang sebegini hebat dan sangat bermanfaat. Alhamdulillah, mutiara ilmu yang dikutip sangat berharga.

Semoga kita semua beroleh redha dan rahmat-Nya. Amin.








Tuesday, November 27, 2012

Bicara Selebriti Siri 6

Assalamualaikum

Hai semua!  Rinnduu nye lama tak update blog ni. 

Ha, kali ni saya nak promote program2 yg best sangat2 yang ada di Kelantan. Mujur cuti sekolah, I boleh join.. horeyy! I like! >_<

Jom, pakat-pakat mari blako program ni deh. (^_^)


Wah, Ustazah Bahiyah tu... rugi kalau x gi .. hehe



4 orang insan yg hebat2 belaka...Yang syoknye 'Ayatul Husna KCB' pun ada... kelas gitteww!



Jom, pakat turun ramai-ramai.

Jumpa di sana, di sana ^^

Take care.
Assalamualaikum.


















Monday, August 6, 2012

ALOHA!

Assalamualaikum


Lama sgt dh x update blog ni.. dah bersawang dah agak nya...

Bukan x de cerita nk share tp xde mood , apatah lg kerja yg menimbun-nimbun.

New location, new school, new system... aduh, pengsan!

Nanti la, klu ada mood, sy stori mori ye..

Last but not least, lately layan cite HIROSHIMA SKY, di NTV7, Isnin-Jumaat pukul 10-11 pg.

Best sgt cerita tu.. =)