BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 27, 2010

Seuntai resepi untuk dicuba

Assalamualaikum blogger2 sekalian


Ha, kali ni Insyirah Sensei buang tebiat sikit..kuikui
Kat sini Insyirah Sensei nk share 1 resepi pudding yg cukup best.
Masa cuti semester hari tu, 3 -4 kali saya wat pudding ni. Memang xpuas makan. bestttt sesangat. So, kat sini nk share la resepi tu.
Rugi kalau xcuba...(^_^)
Resepi tu diambil daripada blog Kak Ena. Tapi saya ubah skit2 sukatan tu
Selamat mencuba!
PUDING CARAMEL LAPIS COKLAT
Bahan:-
(A) -325ml fresh milk
- 3 1/2 sudu besar gula
- 3 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
(B)-325ml fresh milk
- 3 1/2 sudu besar gula
- 3 biji telor gred A
- 3 sudu besar serbuk koko
(C) -2 sudu besar gula
- 4 sudu besar air panas
Cara Membuat:
1. Masukkan gula (bhn c) ke dalam periuk. Dengan api perlahan biarkan gula hancur dan bewarna perang. Kacau dan masukkan air panas. Kacau sebati dantuangkan ke dalam loyang yang akan digunakan nanti.
2. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
3. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus ke dalam loyang 20cm.
4. Masukkan 1 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
5. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.
6. Ulang A dan B 10minit atau hingga masak berselang seli hingga habis.
7. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.
*Sedap di makan selepas beberapa jam di dlm fridge
Tara! Ni la hasilnya....
Ni gambar first time wat puding ni...
Walaupun x secantik tuan punya resepi tapi menjadi la lapisan2 tu..berlapis2..hihi
Pastu, bnyk kali la wat lepas tu...
Gambar2 kat atas ni, puding yg sy wat tu 2 adunan...maksudnya 2 kali ganda bahan2 resepi di atas. Kali ni x wat dlm loyang....sbb nk bagi nmpak cantik, sy masukkan dll mangkuk Pyrex.
Ha....barula nampak lapisan2 tu....Comel kan? hikhik....
Yg ni sy wat time birthday saya..Siap hias ngn chocolate rice warna warni lg kat atas puding tu.
Selain drpd puding caramel lapis coklat, try jgk wat Rainbow Marble Pudding
Ni sy wat time birthday anak sepupuku yg cute itu...
Umur dia cukup 3 tahun, so sbb tu hias ngn coklat cips design bentuk '3' tu..(^_^)
Yg nmpak berkilat kt lapisan atas tu sbb sy tambah crystal jelly kat permukaan pudding tu..
So, nmpk la cam berkilat n mnarik skit..
Tapi pudding yg sy wat ni terlebih manis..So, xyah la tulis resepi dia kt sini..sy kena try wat n ubah skit resepi yg saya ada. bila nk wat tu x tau la lg..
Selamat mencuba! Ha..dh nk dekat bulan puasa ni. So, boleh la wat puding caramel lapis coklat tu utk dimakan lps tarawih..Sejuk2 lps letak dlm fridge sure best..
Haih, malam esok x sabar nye nk tgk Imam Muda grand finale. Agak2 sape yg menang ek?
Imam Muda Asyraf ke, Imam Muda Hizbur? Dua-dua ada kehebatan yg tersendiri.
Tapi, between 2 org ni, I vote for Imam Muda Asyraf!
Semoga berjaya!
Sebelum ni, sy minat sgt2 kat Imam Muda Aran n Imam Muda Azhar. Tapi, nasib x menyebelahi mereka. Apa2 pun semua 10 Imam Muda memang terbaik!