BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 30, 2010

::Auditorium Perdana Angkasapuri ::

Assalamualaikum






Hari ni kali pertama menjejakkan kaki ke Angkasapuri, Kuala Lumpur. (~gambar2 di atas tersalah setting kamera,jadi, silap tarikh yg tercatat~huhu..)Wakil pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris seramai lebih kurang 108 orang telah sama-sama memeriahkan majlis dialog bersama Timbalan Perdana Menteri.Penganjur program adalah Universiti Kebangsaan Malaysia.Dewan penuh dengan hadirin,majoritinya mahasiswa dan mahasiswi dari serata tempat seperti UPM,UKM,UM, Uitm,dan lain-lain termasuk NGO, dan wakil dari UPSI adalah yang terakhir sampai.Jadi, kami pn duduklah ditangga2 audi itu..Pada pagi, lebih kurang pukul 9,berlangsungnya forum terlebih dahulu. Dialog bersama Timbalan Perdana Menteri bermula kira-kira pukul 11pg.Video berikut adalah ketika ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri.











ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri


Nyanyian lagu negaraku dan lagu 1 Malaysia juga dinyanyikan dengan penuh semangat.






Dialog hari ini bertajuk 'Dialog Idealisme Generasi Muda dan Media Baru'. Timbalan Perdana Menteri berinteraksi dengan para hadirin dengan menjawab pelbagai soalan yang diajukan.Wakil dari UPSI adalah yang pertama mengajukan soalan kepada beliau. Well done, UPSI =D.




Dialog Idealisme Generasi Muda dan Media Baru serta Pelancaran Laman Web Politik beliau - www.my-malaysia.com.my di Auditorium Perdana Angkasapuri

Setelah tamat sesi dialog, tayangan video ucapan-ucapan para pelajar Malaysia yang sedang belajar di luar negara, khas untuk Timbalan Perdana Menteri ditayangkan.
Sebelum majlis bersurai, hadirin menyanyikan lagu Warisan, khas ditujukan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri.

Lagu: Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Disini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan

( korus )

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Kemana harusku bawakan

Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Dibumi ini ku melangkah

Keutara selatan timur dan barat

Ku jejaki

AkuBukanlah seorang perwira

Gagah menjunjung senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Aku lah penyambung warisan

Pada pandangan saya, majlis dialog bersama generasi muda seperti ini amatlah baik. Pandangan generasi muda amat penting bagi membangunkan Malaysia dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. I LOVE YOU,MALAYSIA! SALAM 1 MALAYSIA. (^_^)