BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 25, 2010

Suatu perkongsian

Assalamualaikum


















Sekarang budak-budak lepasan SPM dan STPM duk sibuk isi borang dan tidak kurang juga ramai yang bersiap sedia dengan segala 'senjata' untuk 'berperang' di medan 'interview' nanti. Tak kira la apa jenis biasiswa yang dipohon, zaman sekarang ni 'interview' la penentu sama ada anda layak menerima biasiswa atau tidak. Tak terkira biasiswa yang ada sekarang ni. Banyak sangat penajanya. Tak macam zaman dulu2. Zaman dulu-dulu, bila anak2 nak pi blajor, mak bapak sibuk pajak rumah, gadai itu ini. Zaman sekarang ni biasiswa yang ditawarkan dah bertambah bilangannya. cam JPA, MARA, KPM, TNB, BNM dan sebagainya...
Sebagai seorang yang dah menempuh pelbagai asam garam 'interview', suka lah kiranya saya berkongsi serba sedikit cerita pasal interview ni. Lepas SPM dan dapat result yang agak baik, saya pun isi la scholarship MARA. Masa tu saya tanda pengkhususan yang dipohon, TESL. Pastu, bila disenarai pendekkan , dapat la peluang di temu duga. Alhamdulillah. Tapi , masa tu hati ni berbelah bagi. Kejap kata nak pi, kejap kata x nak plak. Adoi. Kalau nak pi xda orang nk hantar plak. Hmm, terus ikut hati kata xyah pi la. Isi borang hari tu pn bukannya dengan sepenuh hati nakkan TESL tu. Saya yang sebenar-benarnya hanya minat ngn biasiswa KPM bagi program BPG je. Nak jadik cikgu sains mmg dr awal2 lg. Nak dijadikan cerita, ada sorang kawan ni pn dapat interview yg sama-MARA tu. dia tanya, saya pi x. saya pn kata x pi.xda org yg leh hantar. dia pn discuss ngan parent dia and pastu dia ajak saya pi skali. Masa tu interview tu diadakan di KL, di Bangunan MARA. Mak aih, sebab jauh la xde org leh hantar saya.
Saya dengan x buat sebarang preparation pergi la hadiri interview tu, tumpang family kawan saya tadi. Yang saya tau masa tu, yang penting adalah bawa sijil2 yang ada. Maka, tibalah hari interview. Sampai je kat tempat tu, mak oi, ramai nye calon. bergaya plak tu sorang2. saya tengok baju saya. Ish, aku ni cam rusa masuk kampung je. dari hujung tudung sampai kain baju kurung sume biru. fail yang aku pegang pun biru. ish2 sgt x sesuai. cam selekeh pun ada. padahal biru bukan nye warna feberet aku pun. entah demam apa plak tiba2 jd cek mek biru hari tu. before interviewer panggil masuk, setiap calon mesti wat essay. lupa plak aku apa tajuknya. tapi masa yg diberi singkat je. tercungap-cungap jgk la aku karang essay tu. kan dah cakap td aku datang ngn ZERO PREPARATION. ha,, jadi padan la muka aku.
Sebenarnya essay tu diorang ambik kira untuk tahu penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun kat atas result SPM dah tercongok A1 kat situ, may be diorang rasa nak wat lagi banyak tapisan la kot. sbb calon yg ditemu duga mmg ramai. Pastu bila tiba giliran aku, masuk la aku dengan muka x bersalah nya, dan jawab setiap soalan dengan merapu merapan nye. bukannya gagap tapi aku x tau mana pi sume aura aku. rasa cam mayat hidup yg bercakap cam robot je time tu. Setelah bertubi-tubi soklan ditanya, aku pn jawab sedaya yg mampu.Akhirnya, aku cakap 'thanks for interviewing me' before blah dari kamar perbicaraan tu. Haha..memang fail la interview tu. Nak tau sbb apa? diorang ada tanya aku selain drpd TESL-MARA yang aku mintak ni, apa lagi biasiswa lain yang aku pohon? Aku pn cakap la sejujurnya bhw aku mintak BPG -sains and untuk UPU pn Pusat Asasi Sains UM. Interviewer tu bukan main terkejut. may be diorang ingt aku minat gila2 la TESL and may be untuk permohonan lain pn TESL la idamanku. Rupa-rupanya jauh panggang dari api and dah trbukti untuk permohonan lain, sains jugak yg dipohon...
Tapi aku sikit pn x menyesal sbb aku cakap yg betul and dh sah2 diorang dpt detect yg aku xminat sgt TESL. Dan kesudahannya mmg aku xdpt pn biasiswa tu. tp masa tu aku dh daftarkan diri di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Dan dh seronok dh bljr kat situ...hehe. Cuma aku kesal la BPG xpanggil2 aku. Xtau la diorg pilih org yg cm ne. nk kata result x bagus, dh cukup bagus la untuk jd cikgu pada hematku. Dan yg aku xpuas ati org yg result lg rendah drpd aku dpt pulak interview BPG tu dan berduyun pulak yg kuar dr KMNS bila dpt BPG. Ish, x aci tul. Tapi x pe la. Aku teruskan perjuangan di KMNS walaupun masa tu bilangan student kt KMNS makin sikit setelah ramai yg dapat tawaran lain. Aku tabahkan hati dan alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan zaman matrikulasi dengan memperoleh PNGK 3.94 dan bersedia menempuh 'perang' seterusnya iaitu alam universiti.
Ha, sebelum terlupa, bagi lepasan matrik aku ada isi jgk BPG skali lagi, tapi hampeh. xdapat gak. dan kawan aku yg result nya lagi rendah jgk yg dapat. alahai, poning den.
Tapi xpe, masih ada rezeki untukku dalam dunia pendidikan ni. Masa isi borang ke IPTA, keempat-empat pilihan pertama out of 8 choices, aku isi bidang pendidikan. Pilihan-pilihannya adalah: UPSI-Pendidikan Sains, USM-Pendidikan dengan Sains Kimia, UTM- Pendidikan dengan Kimia dan UTM-TESL.Haha...ini tindakan berani mati. Orang kata kalau xlepas interview, dah mlepas la sume pilihan-pilihan yang utama dan risiko mendapat course yang dilelong adalah tinggi. Tapi, aku ni keras kepala. Ah, peduli apa aku. Dah aku minat nak jd cikgu je. Nak wat cam ne. Tak dapek den nak nolong aih.
Alhamdulillah, masa bulan 5 tahun 2007 aku dipanggil interview. Sebelum tu, mmg dh jawab ujian MEDSI time kt KMNS lg. Jadi, panggilan interview ni adalah tapisan kedua selepas ujian MEDSI. Aku adalah batch yg pertama yg menghadapi ujian MEDSI ni. Dan utk intrview ni, aku memang dah wat persiapan yg secukupnya. Dan yg paling penting, aku dh x pakai cm interview yg dulu. dh x jd cek mek biru dh. kali ni aku pakai baju colour feberet aku. Purple! baju tu purple + white. sweet gitu.hehe..dan aku tampil dengan semangat berkobar-kobar dan keyakinan yang tinggi untuk temu duga. Aku adalah orang kelapan yg ditemu duga di 'room' tu pada sesi pagi tersebut, di USM Kubang Kerian. Pengalaman interview MARA telah mematangkan aku. Walaupun kali ni jg ramai calon2 nya, tapi aku wat tak nampak je. Aku percaya, setiap org ada rezeki masing2.
Pengalaman interview kali ni mmg menyeronokkan. Interviewer tu siap suruh mengajar lg kt depan diorang. aku pn dengn gaya seorg cikgu, mengajar la. ala, diorg saje je tu, nk tau kita ni brsedia x nk jd cikgu, suara tu kuat tak, tulisan kat papan putih tu pn diorg tgk gak kot. selain mengajar, aku jg dihujani peluru2 brbntuk soklan. tp aku seronok mnjwb nya. x macam ms intrview yg dulu. cm langit ngan bumi. cuma yg sama nya, both were conducted fully in English. before tamat sesi temu duga, diorg tnya aku ni minat aku and apa course2 yg aku apply. aku pn jwb la ngn jujur. siap tambah lg, yg first choice tu, di UPSI aku nk major in chemistry sbb kt application form dia just state pendidikan sains. pastu diorg tanya awak ni minat sains ke, minat TESL coz aku isi jgk TESL untuk 4th choice tu. diorg tnya may b coz BI aku pn ok gak kot..huhu. perasan la plak. ye la, sbb aku cakap fully in English sepanjang sesi temu duga. Aku pn sejujurnya cakap la aku lg minat bidang sains berbanding TESL. Dan, alhamdulillah, bulan 7 tahun 2007 aku mendaftarkan diri di UPSI! So, that's mean aku tlh berjaya mendapat first choice yg aku pilih!
Huhu...cam pjg je en3 kali ni. Ok lah, sbnrnya ada lg cerita interview ni. hihi..interview biasiswa KPM, khas untuk bakal-bakal cikgu. nnti la cite lain kali. hehe..coz ada kelucuan di situ..
So, diharap adik-adik lepasan SPM yang bakal menempuh interview, ambil la manfaat drpd cite akak ni ye. jgn lupa wat persiapan yg rapi. jwb soklan intrviewer tu jgn kelentong. jwb ngn jujur. mesti ada keyakinan ms jwb soklan.dan penampilan kena jaga jgk tau.jgn lupa ^_^
Ok la. jumpa lagi di lain entri.
selamat malam.