BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 25, 2011

~~cerita hati~~

Assalamualaikum



Mungkin ada esok

tuk ku ukirkan kalimah

Menjadi arca pembuktian

Pengabdian cinta






Salam ukhwah,

salam manis,

salam sayang

kepada semua pembaca blog Lilin Cinta Cikgu ^^



Hari ini genap 2 minggu mengajar.

Cikgu dah makin kenal student cikgu utk kelas 1L.

Dah makin sayang sangat kat diorang.

Dah la comey2 je budak2 form 1 ni.

Akhlak dan sahsiah pun bagus.

Lagi la suka.





Lecturer pernah cakap kalau awak nak improve diri awak, teknik mengajar dan lebih memahami student, awak perlu beri peluang students untuk menilai diri awak. Bagi mereka luahkan isi hati dan pandangan mereka melalui penulisan.Suruh mereka jangan tulis nama supaya luahan mereka lebih jujur.







Jadi, untuk improve diri saya supaya berjaya dalam misi menjadi guru yg cemerlang kepada agama, bangsa dan negara (cewah, ayat.. hehe), saya telah melaksanakan saranan lecturer saya itu.




''Sebelum tamatkan kelas, memandangkan ada 5 minit lagi masa, cikgu minta awak semua tutup semua buku. Hanya pegang sebatang pen sahaja. Ok, sekarang cikgu edarkan kertas. Cikgu nak awak tulis isi hati awak. Tulis komen pasal pengajaran cikgu, apa yg awak tak suka pasal saya, kalau suka, apa yg awak suka pasal saya, cara saya mengajar, awak faham atau x apa yg saya ajar. Kalau x faham, part mana yg x faham. Disebabkan kamu ramai, saya x boleh nk detect sorang2 yg mana kamu faham dan apa yg x faham. Kecuali la kalau kamu tanya soalan baru sy tahu kamu faham atau x. Tolong jujur ek. Tak payah tulis nama pun. Tulis la apa2 je. Kalau ada apa2 cadangan untuk rancakkan kelas ni pun boleh. Cikgu nak tahu sgt apa yg kamu nak. Ni antara awak dgn saya je(hihi...tapi cikgu share kt blog ni, x pe ek)''.




Pastu, bila diorang dh siap, cikgu ni pn mintak la ketua kelas kutip. Budak2 ni siap lipat2 lg kertas tu, x nak kawan2 baca...huhu. Nampak nye cam diorang tulis sejujur2 nya ni.



Cikgu ni pn berdebar la. Bila semua bdk2 dh balik masuk ke kelas semula (dr lab), cikgu ni pun baca la komen diorg ni..


jeng jeng jeng...





Hmm...komen yg ni cam neutral je




Yang ni positif, dan siap bg cadangan yg bernas lagi



yang ni plak sangat positif komennye...hihi

siap cakap cikgu sangat best dan ada gambar thumbs up lagi...wow

sangat friendly ek? terima kasih..hihi^^



haha... yg ni cam jujur sgt.

1) teaching too fast.......correct sbb nk kena kejar silibus dan wat ulangkaji utk exam 2 minggu lagi

2) try to relax......haha. yg ni betul kot sbb ada 2 org komen cm ni. yg sorang lg siap tulis ' cikgu kena banyak rehat. Just relax'....kelakarnya. comel jer ayat student tu bagi nasihat kt cikgu dia. cikgu akui yg cikgu cm gigih sgt keluarkan suara kuat2 sbb lab tu besar. may be diorg nmpak cikgu cm tercungap2 gak kot...huhu. rasa cam student ni prihatin plak.

3) perfect ek? thanks^^

4) apa maksud yg ni? yg aku nmpak diorg bersemangat je masuk kelas sains.

x tau plak disebalik wajah2 riang tu ada something yg diorg pendam. hmm..kena korek ni

5) be more feminine??? apa ke hal nye ni? nk feminine cm ne lg ek?rasa dh feminine dah..haha. x tau la student pompuan atau laki yg tulis ni.

6) like me? thanks ^^






ini komen student yg rajin ni...siap mintak extra exercise lg

cikgu cam dpt agak la sape yg tulis yg ni






hmm... apa motif smile happy always tu??

kelakar la budak2 ni

aku dh cukup happy tau ms ngajar diorg ni



budak yg ni tulis kelebihan je. xde kelemahan. ye ke ni?


Pastu yg lain2 tu, ada yg tulis ''saya nk bersenam masa kelas sains''. erk? bersenam? kt lab mana selamat nk bersenam yang oi..hihi
Yang lain plak ada yg tulis:
''cikgu seorang yg ceria.''
''cikgu ajar best sbb cikgu ajar step by step''
''cikgu buat la lawak''. owhhh....lawak apakah boleh diguna pakai dalam sains?
''cikgu ajar syok!''...


Baiklah, terima kasih kerana memberi komen2 tersebut.

1L , overall dah dapat tackle dah.

Yg sedih nye skrg still x dpt nk tackle kelas 1B, Diorang cm x brapa semangat. Tanya soalan pn lambat respond. Datang lab dh la lambat jgk. 10 minit tau makan masa nk tunggu diorang masuk lab. Atmosphere dia lain 180 darjah la berbanding 1L. Masa wat revision tu, diorang tgk muka cikgu ni mcm tgk alien. Ya Allah, berilah kekuatan untuk hambaMu ini mengubah persepsi dan sikap diorang terhadap sains. Amin.
Aku plak yg kena sabar bnyk2 ngn kelas 1B ni.
Tgh kusut memikirkan cm ne nk tolong diorng. Exam dh dekat ni. Tapi diorng cm lemah sgt. Yg bagus nye pasal diorg ni adalah ringan tulang.

Tak pe, InsyirahSensei akan berbuat sesuatu. Don't worry. Watashi wa ganbarimasuuu!!
Nantikan panahan cinta Lilin Cinta Cikgu yg akan mengubah attitude diorang. InsyaAllah.



Pada awan biru ku melakar kata-kata

Pada langit cerah ku panah semua cerita

Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi

Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Sekian, jumpa lagi !^^