BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 5, 2010

::R.O.S @ Falahiah::

Assalamualaikum...

Dah lama Insyirah Sensei menyepi..maklum la internet xde kt umah. ni pinjam broadband my sis. Hmm...entri ni saje2 nk kongsi pengalaman wat ROS (rancangan orientasi sekolah) di SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelate.

ROS ni 2 minggu je. (20 jun-1julai 2010).Tapi, memang banyak pengalaman yg saya dapat sepanjang berada di sekolah ni. Maklum la, semua pelajarnya adalah lelaki. Pelajar perempuannya amat sedikit, yg mana hanyalah pelajar tingkatan 6. Cikgu2 kat sini baik2 belaka. Sayang gak la nk tinggalkan skolah ni...

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana melayan kami, guru2 pelatih ROS dengan baik. Jutaan terima kasih ditujukan kepada Puan Maimunah bt Zakaria, iaitu guru pendamping saya yg telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil alih kelas beliau sebanyak 2 masa bagi subjek sains tingkatan 1 Ibnu Hajar. Para pelajar kelas ni walaupun nakal sikit2 tapi sy enjoy ajar diorang. Budak2 tu bnyk bertanya. Jadi, ini bermakna saya berjaya mewujudkan interaksi dua hala semasa P&P. Alhamdulillah, ini satu percubaan yg baik memandangkan ini kali pertama pengalaman saya mengajar secara formal di dalam kelas, di sekolah.









Para pelajar membaca Al-Quran pada setiap hari, bermula pukul 7.20 pagi. Jadi, setiap hari mereka berkumpul di astaka untuk bacaan ayat suci Al-Quran. Untuk hari Ahad, mereka berkumpul di dewan sekolah dan sebelum perhimpunan mingguan bermula, Al-Quran dibaca terlebih dahulu.













Para guru pelatih ROS dari UPSI bergambar bersama guru-guru praktikal dari UKM dan UM.




Pengalaman sepanjang berada di Falahiah amat berharga.

Terima kasih kepada semua yg membantu kami, guru2 pelatih ROS UPSI untuk mendapatkan maklumat untuk laporan ROS kami...
Terima kasih daun keladi (^_^)