BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 4, 2009

Berita Baik!

Assalamualaikum
Hari ni saya ada baca berita dalam BERITA HARIAN online. Di sini, nak berkongsi artikel tersebut dan diharap sudi membacanya. Ianya suatu berita yang agak baik saya kira..

Kelas ajar bahasa Jepun ditambah

Oleh Rosniza Mohd Taha


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan meningkatkan jumlah sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah harian yang melaksanakan pengajaran bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga pada setiap tahun. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pertambahan kelas bahasa Jepun itu bergantung kepada jumlah tenaga pengajar dihasilkan menerusi program pensiswazahan guru bahasa Jepun Jabatan Perkhidmatan Awam serta latihan guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kampus Bahasa Antarabangsa. Katanya, ketika ini, sebanyak 43 SBP dan 29 sekolah menengah harian melaksanakan pengajaran bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Pengajaran bahasa Jepun di Malaysia berkembang secara lebih berfokus dan meluas sejak Dasar Pandang ke Timur dilaksanakan pada 1982 dan kini, kira-kira 23,000 pelajar pelbagai institusi pendidikan termasuk di 72 sekolah menengah mempelajari bahasa Jepun, sekali gus menjadikan Malaysia negara ke-12 teramai mempelajarinya. “Kementerian mengakui kepentingan pelajar menguasai bahasa perdagangan dan industri itu bagi memahami budaya negara matahari terbit itu serta meningkatkan peluang pelajar mendapat pekerjaan di syarikat Jepun. “Justeru, perancangan menambah jumlah sekolah menengah melaksanakan pengajaran bahasa Jepun pada setiap tahun menjadi agenda kementerian, namun ia tertakluk kepada jumlah tenaga pengajar bahasa itu yang dilatih JPA di Jepun serta IPG Kampus Bahasa Antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Universiti Osaka 2009, di sini, semalam.

Hadir sama, Duta Besar Jepun di Malaysia, Masahiko Horie; Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Dr Mohd Sofi Ali dan Presiden Universiti Osaka, Prof Kiyokazu Washida. Kira-kira 300 guru bahasa Jepun tempatan dan luar negara termasuk Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Myanmar, India dan Jepun menyertai forum dua hari itu bertemakan ‘Pendekatan Abad ke-21 Dalam Pendidikan Bahasa dan Budaya Jepun di Rantau Asia Tenggara’. Mengulas perkembangan siasatan tragedi jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Alimuddin berkata, ia berjalan lancar dan diyakini siap dalam tempoh dua minggu dijanjikan. “Jawatankuasa khas dipengerusikan saya sendiri akan mengadakan mesyuarat kedua Isnin ini dan kita jangka dalam minggu akan datang kita akan dapat serahkan laporan siasatan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran," katanya.

Mengenai keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, beliau berkata ia dijangka diumumkan pada minggu terakhir persekolahan. “Tarikhnya lebih kurang sama tahun lalu, ia akan diumumkan nanti, bersabar,” katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20091103232419/Article/