Hari ni kali pertama menjejakkan kaki ke Angkasapuri, Kuala Lumpur. (~gambar2 di atas tersalah setting kamera,jadi, silap tarikh yg tercatat~huhu..)Wakil pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris seramai lebih kurang 108 orang telah sama-sama memeriahkan majlis dialog bersama Timbalan Perdana Menteri.Penganjur program adalah Universiti Kebangsaan Malaysia.Dewan penuh dengan hadirin,majoritinya mahasiswa dan mahasiswi dari serata tempat seperti UPM,UKM,UM, Uitm,dan lain-lain termasuk NGO, dan wakil dari UPSI adalah yang terakhir sampai.Jadi, kami pn duduklah ditangga2 audi itu..Pada pagi, lebih kurang pukul 9,berlangsungnya forum terlebih dahulu. Dialog bersama Timbalan Perdana Menteri bermula kira-kira pukul 11pg.Video berikut adalah ketika ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri.
ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri
Nyanyian lagu negaraku dan lagu 1 Malaysia juga dinyanyikan dengan penuh semangat.
Dialog hari ini bertajuk 'Dialog Idealisme Generasi Muda dan Media Baru'. Timbalan Perdana Menteri berinteraksi dengan para hadirin dengan menjawab pelbagai soalan yang diajukan.Wakil dari UPSI adalah yang pertama mengajukan soalan kepada beliau. Well done, UPSI =D.
Dialog Idealisme Generasi Muda dan Media Baru serta Pelancaran Laman Web Politik beliau - www.my-malaysia.com.my di Auditorium Perdana Angkasapuri
Lagu: Warisan
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
AkuBukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Pada pandangan saya, majlis dialog bersama generasi muda seperti ini amatlah baik. Pandangan generasi muda amat penting bagi membangunkan Malaysia dengan lebih baik lagi pada masa hadapan. I LOVE YOU,MALAYSIA! SALAM 1 MALAYSIA. (^_^)
0 comments:
Post a Comment