BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 9, 2012

Bicara Wanita 1 Disember @KTC

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk join Program Bicara Wanita yang sangat2 best ni. Ia adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah unit Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini adalah sempena World Islamic Seminar, yang bertemakan Islam Is The Solution.


Apa yang menarik, program ini adalah khusus untuk kaum Hawa. Memang puas hati sangat dengan perjalanan majlis.



Pasangan yang sangat serasi, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah
-sumber gambar: FB UPWKK-
Baiklah, saya akan kongsikan mutiara ilmu yang diperolehi sepanjang program diadakan. Perjalanan program adalah seperti berikut:

8.00 pagi: 
Pendaftaran di kaunter pintu masuk ke dewan KTC. Alhamdulillah, dapat doorgift yang berupa beg, yang diisi dengan risalah-risalah dan sticker yang menarik, mengenai pembinaan Keluarga Sakinah, Mawaddah. Juga ada sebungkus roti dan air kotak.

9.15 pagi: 
Majlis dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah dan salah seorang pelajar dari SMU(A) Maahad Muhammmadi Perempuan membacakan surah At-Tahrim, ayat 1-9. Kemudian, MC membacakan tafsir ayat yang dibacakan tadi.

Kemudian, ada persembahan tayangan video dan juga persembhan oleh adik Nik Farah Aina yang menyanyikan lagu Istimewa.

10.00 pagi:
Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah tiba dan forum yang brtajuk ''ANAKKU PERMATA HIDUPKU'' dikupas dengan begitu menarik oleh panel. Puan Mazidah selaku moderator dilihat begitu bersemangat dan menjawab pantun ustazah dengan begitu bersahaja.

Dalam forum ini, banyak sekali ilmu yang diperolehi. Antara yang sempat dikutip ialah:

1) Orang yang mandul = orang yang ramai anak tapi tiada yang dapat memberi manfaat apabila kita meninggal.

2) Petua '3B' mengenai anak permata hidup:
     i) Berharga dunia, berharga di akhirat
     ii) Bangga
     iii) Beri kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika ibu bapa pandai didik anak.

3) Aank = aset dunia akhirat

4) Pendidikan anka-anak bermula seawal perkahwinan dan paling penting sewaktu mengandung.
    Apa yang ibu bapa lakukan ketika waktu mengandung sangat mempengaruhi anak apabila mereka besar.

5) Pentarbiahan anak-anak di tangan kita. Sediakan makanan berkhasiat, HALALAN TOYYIBAN. Ustazah juga ada berkongsi tips, dalam keluarganya dia x bagi anak2 dan cucu dia makan makanan ringan yag ternyata membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ternyata Ustazah suami isteri menekankan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk keluarga mereka.

6) Tips peranan ibu mengenai halalan toyyiban:
  i) pastikan punca rezeki betul2 halal
  ii) pastikan beli produk yang halal lagi suci, di kedai orang Islam, produk orang Islam.
  iii) pastikan air tangan isteri/ibu
  iv) banyak berdoa,masak yang berkhasiat

7) Bahasa kasih sayang:
a) kasih sayang- jalan masukkan hati kita ke dalam hati anak
b) kata-kata semangat, rangsangan, inspirasi, motivasi.
c) beri hadiah
d) sentuhan fizikal- peluk, belai
e) masa - sentiasa ada masa dengan anak, solat bersama, bercuti bersama
f) sentiasa memberi khidmat


Banyak lagi la ilmu yg dikongsikan...

Setelah tamat sesi ini , terus sambung slot seterusnya dengan Ustaz NorAzariza Mohd Alawi

11.30 pagi:

Ceramah oleh : Ustaz NorAzariza Mohd Alawi

Tajuk: DI MANA MARTABAT WANITA?

-sangat2 best... x kering gusi dengar ceramah ustaz-

12.45 tgh hari:

Persembahan oleh adik Nik Farah Aina, diikuti oleh persembahan pentas berbentuk pentomin. Sangat2 menarik dan menghiburkan. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan menerusi persembahan tu sampai kepada penonton.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada mereka yang berkenaan.

1.30 petang: 

Majlis bersurai. Hadirin diberikan makan tengah hari.


Rumusan:

Saya sangat berpuas hati dan mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran program yang sebegini hebat dan sangat bermanfaat. Alhamdulillah, mutiara ilmu yang dikutip sangat berharga.

Semoga kita semua beroleh redha dan rahmat-Nya. Amin.








0 comments: