BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 14, 2012

Bicara Selebriti 1 Disember





Assalamualaikum

Pada 1 Disember yg lalu, masuk2 je stadium, masyaAllah, ramai nye orang!

Takpe, kitorang celah jugak masuk nk duk depan... tapi x dapat la depan sangat pun. just nice la.

Layan je la gambar kt bawah ni...Bicara Selebriti yg memang awesome! Walaupun hujan sangat lebat, rakyat Kelantan yang membanjiri stadium untuk memeriahkan program ni tetap tidak berganjak.

Tahniah atas penganjuran program yg superb ni! =)










Sebelum hujan...



hujan mulai membasahi bumi....


Diberitakan bahawa seramai 15 000 orang yg membanjiri stadium pada malam itu.

I'm waiting for the next series of BICARA SELEBRITI in Kelantan. Hopefully I'm in Kelantan at that time. 

Ja mata ne.

wassalam.

Sunday, December 9, 2012

Bicara Wanita 1 Disember @KTC

 Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya telah berpeluang untuk join Program Bicara Wanita yang sangat2 best ni. Ia adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di bawah unit Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini adalah sempena World Islamic Seminar, yang bertemakan Islam Is The Solution.


Apa yang menarik, program ini adalah khusus untuk kaum Hawa. Memang puas hati sangat dengan perjalanan majlis.



Pasangan yang sangat serasi, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahiyah
-sumber gambar: FB UPWKK-
Baiklah, saya akan kongsikan mutiara ilmu yang diperolehi sepanjang program diadakan. Perjalanan program adalah seperti berikut:

8.00 pagi: 
Pendaftaran di kaunter pintu masuk ke dewan KTC. Alhamdulillah, dapat doorgift yang berupa beg, yang diisi dengan risalah-risalah dan sticker yang menarik, mengenai pembinaan Keluarga Sakinah, Mawaddah. Juga ada sebungkus roti dan air kotak.

9.15 pagi: 
Majlis dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah dan salah seorang pelajar dari SMU(A) Maahad Muhammmadi Perempuan membacakan surah At-Tahrim, ayat 1-9. Kemudian, MC membacakan tafsir ayat yang dibacakan tadi.

Kemudian, ada persembahan tayangan video dan juga persembhan oleh adik Nik Farah Aina yang menyanyikan lagu Istimewa.

10.00 pagi:
Ustaz Wan Akasha dan Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah tiba dan forum yang brtajuk ''ANAKKU PERMATA HIDUPKU'' dikupas dengan begitu menarik oleh panel. Puan Mazidah selaku moderator dilihat begitu bersemangat dan menjawab pantun ustazah dengan begitu bersahaja.

Dalam forum ini, banyak sekali ilmu yang diperolehi. Antara yang sempat dikutip ialah:

1) Orang yang mandul = orang yang ramai anak tapi tiada yang dapat memberi manfaat apabila kita meninggal.

2) Petua '3B' mengenai anak permata hidup:
     i) Berharga dunia, berharga di akhirat
     ii) Bangga
     iii) Beri kebahagiaan di dunia dan di akhirat jika ibu bapa pandai didik anak.

3) Aank = aset dunia akhirat

4) Pendidikan anka-anak bermula seawal perkahwinan dan paling penting sewaktu mengandung.
    Apa yang ibu bapa lakukan ketika waktu mengandung sangat mempengaruhi anak apabila mereka besar.

5) Pentarbiahan anak-anak di tangan kita. Sediakan makanan berkhasiat, HALALAN TOYYIBAN. Ustazah juga ada berkongsi tips, dalam keluarganya dia x bagi anak2 dan cucu dia makan makanan ringan yag ternyata membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat. Ternyata Ustazah suami isteri menekankan pemakanan yang sihat dan berkhasiat untuk keluarga mereka.

6) Tips peranan ibu mengenai halalan toyyiban:
  i) pastikan punca rezeki betul2 halal
  ii) pastikan beli produk yang halal lagi suci, di kedai orang Islam, produk orang Islam.
  iii) pastikan air tangan isteri/ibu
  iv) banyak berdoa,masak yang berkhasiat

7) Bahasa kasih sayang:
a) kasih sayang- jalan masukkan hati kita ke dalam hati anak
b) kata-kata semangat, rangsangan, inspirasi, motivasi.
c) beri hadiah
d) sentuhan fizikal- peluk, belai
e) masa - sentiasa ada masa dengan anak, solat bersama, bercuti bersama
f) sentiasa memberi khidmat


Banyak lagi la ilmu yg dikongsikan...

Setelah tamat sesi ini , terus sambung slot seterusnya dengan Ustaz NorAzariza Mohd Alawi

11.30 pagi:

Ceramah oleh : Ustaz NorAzariza Mohd Alawi

Tajuk: DI MANA MARTABAT WANITA?

-sangat2 best... x kering gusi dengar ceramah ustaz-

12.45 tgh hari:

Persembahan oleh adik Nik Farah Aina, diikuti oleh persembahan pentas berbentuk pentomin. Sangat2 menarik dan menghiburkan. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan menerusi persembahan tu sampai kepada penonton.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada mereka yang berkenaan.

1.30 petang: 

Majlis bersurai. Hadirin diberikan makan tengah hari.


Rumusan:

Saya sangat berpuas hati dan mengucapkan syabas dan tahniah atas penganjuran program yang sebegini hebat dan sangat bermanfaat. Alhamdulillah, mutiara ilmu yang dikutip sangat berharga.

Semoga kita semua beroleh redha dan rahmat-Nya. Amin.








Tuesday, November 27, 2012

Bicara Selebriti Siri 6

Assalamualaikum

Hai semua!  Rinnduu nye lama tak update blog ni. 

Ha, kali ni saya nak promote program2 yg best sangat2 yang ada di Kelantan. Mujur cuti sekolah, I boleh join.. horeyy! I like! >_<

Jom, pakat-pakat mari blako program ni deh. (^_^)


Wah, Ustazah Bahiyah tu... rugi kalau x gi .. hehe



4 orang insan yg hebat2 belaka...Yang syoknye 'Ayatul Husna KCB' pun ada... kelas gitteww!



Jom, pakat turun ramai-ramai.

Jumpa di sana, di sana ^^

Take care.
Assalamualaikum.


















Monday, August 6, 2012

ALOHA!

Assalamualaikum


Lama sgt dh x update blog ni.. dah bersawang dah agak nya...

Bukan x de cerita nk share tp xde mood , apatah lg kerja yg menimbun-nimbun.

New location, new school, new system... aduh, pengsan!

Nanti la, klu ada mood, sy stori mori ye..

Last but not least, lately layan cite HIROSHIMA SKY, di NTV7, Isnin-Jumaat pukul 10-11 pg.

Best sgt cerita tu.. =)

Sunday, August 5, 2012

Karnival Cakna Wanita dan Kanak-kanak


Ini adalah antara kenangan mengikuti Minggu Karnival Cakna Wanita dan Kanak-kanak =)

Banyak sgt ilmu yg nak dikongsikan. Tapi apakan daya x sempat.. Gomen ne =(










Forum : Wanita, Aurat dan Fesyen...
Panelis: Ustazah Zawiah dan Nora



Bersama Nora... sangat meminati beliau sejak kecil lagi.. =)

Till we meet again, InsyaAllah.

Wednesday, March 28, 2012

Cute Keychain

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, insyirahsensei dah start buat bisness keychain. Harga yang amat berpatutan ditawarkan. Jom ramai-ramai klik dan like ;


http://www.facebook.com/CuteKeychain


Keychain yang dihasilkan adalah dengan menggunakan kain felt dan ada juga keychain anyaman reben yang sangat cantik dan harga yang sangat berbaloi untuk dibeli. Sesuai dijadikan doorgift untuk majlis sambutan hari lahir anak-anak anda mahupun doorgift untuk majlis perkahwinan.
Jom, order!

(^_^)

Monday, March 12, 2012

Bicara Selebriti - 9 Mac 2012


Assalamualaikum

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, pelbagai acara dan program telah diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. OK, straight to the point... Pada 9 Mac yang lalu, saya telah menghadiri program Forum Bicara Selebriti yang diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan. Bersama adik bongsu, saya telah hadir ke dewan tersebut tepat jam 9 malam.


Buat pengetahuan, dewan tersebut penuh dengan hadirin. So, barisan panelis boleh dilihat pada gambar di atas. Tetapi ada pembetulan skit, salah seorang panelis, iaitu Daphne Iking telah digantikan dengan Syarifah Khazif Fazilah, iaitu qariah yang tersohor. Beliau juga merupakan pengacara Akademi Al-Quran di TV9. Dan, yang paling menarik perhatian, tentulah dengan kehadiran heroin Ketika Cinta Bertasbih, iaitu Oki Setiana Dewi! Mbak Oki sunggguh cantik! Subhanallah.


Sepanjang program tersebut, banyak input berguna yang saya dapat. Di sini, dikongsikan serba sedikit yang sempat dicatatkan oleh jari jemariku kerna pena tergesa-gesa menuliskan informasi nya.. hehe


1) DREAM BIG - just dream! and make sure DREAM big enough! till someone tell you that u can't achieve it, then that dream is classified as big enough. If someone tell u that u're crazy for dreaming that, tell them; ''SO WHAT?!'' ...... ^_^

2) Oki ada bagitu yg dia selalu tulis impian dia dalam diari sejak kecil lagi. Antara impian Oki ialah dia ingin menjadi seorang artis, ingin menulis buku dan ingin menuntut di Universitas Indonesia. Alhamdulillah, semua impiannya telah tercapai!

3) Kita, sebagai umat Islam mesti cuba sedaya upaya bantu agama Islam semampu yang boleh. Sebagai contoh, kita boleh sebarkan dakwah melalui fb, tweeter, blog, upload video di youtube , etc. InsyaAllah, Allah SWT akan bantu kita jika kita sungguh-sungguh. NOTHING IS IMPOSSIBLE, JUST DO IT!

4) Ingat-mengingati, kita semua adalah daie.

5) Man jadda wa jada

6) mesti fokus, jangan setengah-setengah!

7) berusaha, berdoa, bertawakal semua seiring

8) muhasabah, apakah setiap yang aku lakukan ini untuk Allah SWT?

9) LEARN FROM MISTAKE

10) tak semestinya kena jadi frontliner, duk di belakang tabir pun apa salahnya! (EVERY GREAT MAN, THERE'S A WONDERFUL WOMAN)

11) Sampaikan walau sepotong ayat

12) kena pandai 'market'kan Islam

13) ruang dakwah sangat besar. Nak dapat hidayah, jangan tunggu hidayah datang, tapi kena cari.

14) BAHAYA bohong dan menipu, sebab akan affect jalan hidup, eg: ibadat, solat.

15) Allah SWT cinta orang yang baca Al-Quran. Allah SWT jaga setiap orang yang jaga Al-Quran.

16) JANGAN hidup dalam 'tulul amal', iaitu sentiasa angan-angan.

17) LIVE IN NOW, seolah-olah kita mati hari esok.

Memang best sangat program ni. Dengan keletah moderator, Amin Idris yang sangat menghiburkan, menyebabkan hadirin tak kering gusi dan segar je mata sepanjang forum ni walaupun dah lewat malam. Hadirin yang mengajukan soalan-soalan pun ada yang lawak gak. Masih teringat lagi yang bertanya kepada Oki ''Cinta itu apa sih?''....hehe


Sebelum menutup tirai Bicara Selebriti, Oki Setiana Dewi membaca sebuah puisi yang dikarangnya sendiri, khas buat rakyat Kelantan.


Sangat best OK! Syabas, Oki. Program tamat lebih kurang pukul 11.40 malam. Sebelum pulang, sempat membeli 2 buah buku tulisan Oki Setiana Dewi. Each book RM25.




Sangat berbaloi beli buku-buku ni, besttt sesangat! Congratz OKI!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan negeri Kelantan yang menganjurkan majlis ilmu sebegini. Diharap lebih banyak program seumpama ini diadakan di negeri Serambi Mekah ini.
Sekian, terima kasih. (^_^)

Thursday, January 19, 2012

I miss school

Assalamualaikum

Hello everyone! Lamanye sensei ni x menulis kan? huhu....


Now, just look at the word highlighted below

What come across your mind when you see that?

Oh, how I miss TEACHING so much.

The school environment .... how i miss great things in school so much.

Until this moment, I'm still waiting for the posting. Since the end of May last year, til today. Phew, waiting, waiting and waiting.
Unknown until when...

Sejak habis praktikum dulu, I keje part time as tuition teacher at tuition centre 'A'. Just a stand- by teacher in case the scheduled teacher cannot come. My siblings used to call me 'on-call teacher'. hehe..
Until now I'm still a part-time teacher there.
Then, in November last year, Alhamdulillah, I got the opportunity to teach at other centre, tuition centre 'B'. til today, I'm still teaching there.
Since last week, I also got a chance to teach at tuition centre 'C'. Eventhough also as a part-time tuition teacher, I'm very grateful.

So, til now, I'm a tuition teacher at 3 tuition centres. I have to arrange the schedule to avoid overlap between the class sessions. Alhamdulillah, rezeki semua drpd Allah SWT. Sangat bersyukur utk rezeki yg ada sekarang. Walaupun x bnyak income, tp rasa puas sbb ada jugak kerja yg dapat dibuat sementara menunggu posting yg x kunjung tiba lagi ni. At least what I'm doing now is still related to teaching career. My friends ramai yg kerja sementara yg bukan nye teaching stuff. I keep praying that the posting akan timbul juga nanti. What to do, as a scholarship holder, I have to obey the syarat2 yg telah dipersetujui suatu waktu dahulu...


* ramai kawan2 yg dapat panggilan interview utk jd cikgu mrsm. All the best to all of you. =)

* Me? I have to wait for KPM only...

Pray for me ya!
Till then, ja mata ne.