Assalamualaikum
Anda semua sihat? Hihi...pembaca blogku sekalian, minggu ni macam-macam aktiviti telah berlangsung dalam hidupku..cewah.
Pada 31 Mac, Ustaz Hazrizal datang UPSI tau. Untuk Diskusi Buku Murabbi Cinta. Best sangat!
Lepas tu, saya sgt sibuk menguruskan bahan-bahan untuk pameran dan pembentangan projek kursus Sains Alam Sekitar bersama sahabat-sahabat sekumpulan.
Pada 3 Mac pula, rombongan para pljr yg mengambil subjek Sains Alam Sekitar telah mengadakan lawatan ke Loji Pembersihan Air Cheras, Pusat Kitar Semula Komuniti di Putrajaya dan seterusnya berjalan-jalan di Putrajaya. Best sgt field trip ni. Kami bljr bnyk perkara baru. Jom layan gambar-gambar ni...
Pada hari ni, pameran dan pembentangan projek Sains Alam Sekitar yang telah dibuat bertungkus-lumus sepanjang semester ini telah berjalan dengan jayanya. Secara tak disangka-sangka, team kami, FLORA TEAM telah memenangi tempat ketiga bagi kategori projek bahan kitar semula dan tempat ketiga juga bagi kategori pembentangan projek. Kami satu kumpulan sungguh gembira! Ureshii yo!

0 comments:
Post a Comment