Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua blogger yang sudi berkunjung ke blog ini.
Walaupun hari ni dah 13 Rabiul Awal, masih tidak terlalu lewat saya kira untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Di UPSI, sambutan Maulidur Rasul agak meriah. Pada malam Maulidur Rasul, diadakan Malam Manifestasi Seni Islam. Majlis tersebut bertemakan PENGHAYATAN SIRAH JUNJUNGAN. Ia bermula pukul 9 mlm dan berakhir kira-kira 10.45 mlm. Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Islam UPSI dan Fakulti Seni dan Muzik UPSI serta JHEP UPSI itu mengundang khas kumpulan nasyid tanah air,iaitu kumpulan Rabbani. Selain Rabbani, kumpulan Menhajj,iaitu kumpulan nasyid Pusat Islam UPSI juga ternyata memberikan persembahan yang cukup hebat. Lagu-lagu yang dipersembahkan ternyata memberi kesan kepada para hadirin dalam mengingati sirah Rasulullah S.A.W.
Majlis tersebut bukan hanya mempersembahkan nasyid, tetapi pelbagai persembahan lain. Antaranya termasuklah berzanji, sajak, dikir barat, qasidah, pentomin, dan tarian sufi. Persembahan-persembahan tersebut diselang seli dengan narration sirah Rasulullah S.A.W sejak baginda dilahirkan sehinggalah detik kewafatan baginda.
Persembahan Rabbani dan Menhajj
Narration Sirah
Kumpulan Menhajj
Nasyid....
Dikir Barat
Tarian Sufi
Bagi pendapat peribadi saya, tarian sufi yang dipersembahkan itu tidak sepatutnya dipersembahkan. Walaupun penari-penari itu berpakaian menutup aurat,tetapi menari di depan khalayak ramai itu amatlah tidak manis. Jadi, diharapkan jika majlis seumpama ini diadakan pada masa hadapan, tidak perlulah tarian sufi itu dipersembahkan. Renung-renungkan, fikir-fikirkan...
Majlis ditutup dengan bacaan selawat oleh semua yang menjayakan persembahan dan juga para hadirin.
Pada 25 hingga 28 Februari, Kolej Aminuddin Baki mengadakan Fiesta Ilmu. Pelbagai aktiviti dijalankan. Semalam, saya sempat meluangkan masa untuk menyaksikan pertandingan nasyid antara kolej kediaman UPSI dan kumpulan nasyid DEVOTEES diundang khas sebagai juri pertandingan seterusnya menyampaikan 4 buah lagu. Antara lagu yang dipersembahkan adalah Kekasih dan Mahar Cinta. (Mahar Cinta ga daisuki desu ^^)
Sekian sahaja untuk kali ini. Cewah, cam pemberita plak ea..
Ok la, bye for now. See you. (^_^)
0 comments:
Post a Comment