Ni br balik test kimia organik. Untuk release tension, terasa nak bersajak la plak..
Adoi..
Tapi, bukan sajak jiwang ek =D
Just nak share my feeling for my beloved profesion. apa lagi..that's all about teachers
so, layan je la sajak yang ku karang ni
LILIN CINTA CIKGU
Cikgu
kau adalah cahaya kecil
menerangi hidupku ini
Ku, hanyalah pelajarmu
yang dahagakan ilmu
telah tertawan dengan sinarmu
Kau lilin cintaku
memberi nafas baru
di dalam dunia
hatiku yang kegelapan
Kau
datang dalam hidupku
menyalakan harapan baru
memberi kekuatan dan keyakinan diri
pada hati yang kegelapan
Kau lilin cintaku
terhadap kembara ilmu
yang terasa sukar
tanpamu sesatlah daku
dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam pelayaran
Namun,
aku tidak sempat karam
kerana memiliki guru sepertimu
Kenangan alam persekolahan
memberi sejuta erti
dalam hidup pelajar sepertiku
sungguh aku terharu dengan pengorbananmu
Terima kasih, cikgu
terima kasih cikgu
terima kasih cikgu
Jasamu, tidak dapat kubalas
hanya doa kuhadiahkan
untukmu...
Buat guru-guru yang pernah mengajar dan mendidikku, terima kasih yang tidak terhingga.
Semoga Allah S.W.T merahmati kalian.
Saya saaayaaannnggg cikgu!!!
0 comments:
Post a Comment