Bye!
Monday, May 10, 2010
babai..
Bye!
Posted by insyirah sensei at 4:59 PM 0 comments
Thursday, May 6, 2010
Jom, sarapan!
Ha, jom sarapan !
SELAIN faktor banyak makan dan kurang bersenam yang kerap dibincangkan, ramai tidak tahu bahawa tekanan dan jadual makan yang tidak tetap, terutama tidak mengambil sarapan pagi adalah antara dua penyumbang kepada masalah peningkatan berat badan khususnya apabila umur memasuki gerbang 30-an.
Kajian Universiti Harvard ke atas 1,355 lelaki dan wanita (bermula 1995 hingga 2004) mendapati bahawa ukuran pinggang wanita (dan berat badan) dipengaruhi pelbagai punca tekanan, termasuk masalah keluarga, kerjaya, kewangan dan rasa tidak upaya akibat halangan hidup.
Peningkatan berat badan lelaki pula dikaitkan dengan tekanan di tempat kerja, tidak berkuasa untuk membuat keputusan, masalah kewangan (sukar membayar bil) dan kurang kemampuan mempelajari kemahiran baru bagi melaksanakan sesuatu tugas.Peningkatan berat badan ini akan lebih ketara sekiranya mereka sememangnya sudah berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan kerana tekanan psikologi ini akan menyebabkan perubahan tabiat makan pada golongan terbabit. Mereka akan makan banyak atau memilih jenis makanan yang berkalori tinggi sebagai langkah untuk menenangkan perasaan.Meskipun tidak berlaku kepada semua orang tetapi kebanyakannya menjadikan makanan sebagai ‘ejen penenang’ yang boleh mententeramkan fikiran, terutama jika mereka dapat menikmati makanan yang digemari. Tabiat ini tanpa disedari lama kelamaan boleh menyebabkan berat badan meningkat dan secara tidak langsung akan menambah kepada tekanan yang sedia ada.
Malah, apabila mengalami tekanan psikologi, ramai hilang keinginan untuk bersosial atau melakukan kegiatan aktif seperti sukan atau senaman sedangkan ia adalah antara kaedah yang baik dan sangat berguna untuk menenangkan fikiran. Selain itu, sikap suka meninggalkan sarapan pagi atas alasan tidak sempat, tiada masa atau terlalu sibuk juga terbukti boleh membantutkan usaha untuk mengekal atau mengurangkan berat badan kerana akan menyebabkan berkeinginan untuk makan makanan yang tinggi kalori.
Kumpulan penyelidik dari Kolej Imperial London ketika membentangkan kertas kerja di Mesyuarat Persatuan Endokrin di Washington melaporkan apabila kita meninggalkan sarapan pagi, otak akan menjadi lebih aktif apabila melihat gambar makanan yang tinggi kalori (pilihan yang diberikan kepada peserta kajian ialah piza, kek dan coklat) berbanding sayur-sayuran, ikan dan salad. Peserta sendiri mengakui bahawa mereka lebih tertarik kepada makanan yang berkalori tinggi. Bagaimanapun, apabila ujian sama dilakukan 90 minit selepas bersarapan, otak peserta tidak menunjukkan tarikan ketara terhadap makanan berkalori tinggi. Malah, keinginan untuk makan makanan yang banyak kalori juga jauh lebih rendah berbanding jika tidak bersarapan.
Kenapa sarapan menjadi hidangan yang sangat penting? Sarapan berfungsi menamatkan ‘puasa’ sepanjang enam hingga lapan jam tidur pada waktu malam dan mengembalikan bekalan glukos dan lain-lain khasiat yang digunakan sebagai tenaga sepanjang hari. Sarapan juga sangat penting untuk mengaktifkan fikiran dan badan pada waktu pagi.
Inilah sebabnya orang yang tidak bersarapan biasanya cepat berasa letih, mudah terganggu dan tidak selesa pada waktu pagi. Keadaan ini lebih ketara di kalangan peminum kopi kerana jika tidak bersarapan (dan menikmati segelas kopi) mereka sukar menumpukan perhatian kepada kerja. Sarapan dapat mengawal rasa terlalu lapar, sekali gus mengelakkan kemungkinan makan terlalu banyak ketika makan tengah hari. Badan adalah kilang yang sangat unik dan dapat bertindak sendiri untuk menjimatkan penggunaan tenaga apabila tiada bekalan makanan.
Jika tidak bersarapan, badan secara automatik akan berada dalam fasa ‘puasa lanjutan’ (kerana kita sudah pun dianggap berpuasa ketika tidur) dan cuba menjimatkan tenaga dengan memperlahankan proses pembakaran lemak.Namun, jika kita bersarapan, badan tidak perlu memasuki fasa ‘puasa lanjutan’ ini dan ia secara tidak langsung memberitahu otak bahawa badan bersedia untuk membakar lemak sebagai tenaga bagi kegunaan sepanjang hari.
Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti. Makanan seimbang mengandungi protein dan karbohidrat dianggap pilihan terbaik untuk merangsang proses metabolisme. Penemuan itu membuktikan bahawa sarapan amat penting untuk mengekalkan berat badan seimbang dan mengelakkan kegemukan. Lebih baik jika memilih sarapan yang berkhasiat dan menyihatkan. Penyelidik juga mencadangkan sarapan sihat dijadikan antara langkah penting dalam pengurusan berat badan dan rawatan obesiti.
Ini adalah antara langkah mudah untuk mengurangkan peratusan masalah kegemukan dan obesiti di negara kita yang semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak. Untuk mengelakkan masalah ini daripada membelenggu keluarga (ingat menurunkan berat badan adalah usaha yang sangat payah), mulakan amalan bersarapan bersama seisi keluarga. Ia bukan saja memberi kesan langsung kepada kesihatan badan dan mencerdaskan otak, tetapi mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Lebih awal kita bersarapan, lebih baik. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan kurang berkemungkinan mengalami masalah kegemukan. Orang meninggalkan sarapan akan terdorong untuk makan lebih banyak kerana biasanya apabila sampai waktu makan mereka sangat lapar.
Ibu bapa perlu memastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah kerana ia meningkatkan kepekaan, daya tumpuan dan prestasi di bilik darjah. Sarapan seringkas sandwic, susu atau bijirin memadai untuk memberi tenaga, memperbaiki emosi dan membantu kepekaan minda.
HARIAN METRO
Abai sarapan boleh gemuk
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Posted by insyirah sensei at 10:37 AM 0 comments
Tuesday, May 4, 2010
Owarimashita...
Minna san, konbanwa!
Kyou wa shiken ga owarimashita. Yokatta ne...
Demo, saigo no testo wa 'Butsuri' deshita. Kono mondai wa totemo muzukashiiii!!!
Watashi wa 'A' ga hoshii kedo, sugoku ganbatte itta, demo jitsu wa ne, watashi wa kotaeta koto wa dekinakatta...(T_T)....zannen desu ne..
Hontou ni sabishii.............Carry mark mo hikui yo. Shikata ga nai ne.
Tsumari, watashi wa Butsuri ga amari suki ja nai desu. Gakko no toki mo, atashi wa kashikokunai deshita. Itsumo, itsumo, muzukashii to omotte,..(-_-)
Kyou mo watashi wa dareka ni aitain desu. Tada, kanojo wa yasumi desu kara, au no koto ga dekinakatta.Naze yasumu kanaa...Genki ja nai desu ka?Ano hito wa ne, atashi wa UPSI de ichiban daisuki desu. Atashi ne, kanojo kara hon wo karitai desu. Yasumi wa nagai kara, honto ni tsumaranai mitai ne...Nani ga shinakereba narimasen kanaa....
Aa, chotto...Tesis wa mada owaranai yo! Flash wo benkyou shinasai, atashi..huhu
Yasumi no toki, atashi wa ROS ga aru. Tanoshimini ikimasu yo! Yahoo...
Atashi wa daigaku yori gakko ga suki desu.
Ato wa, atashi 'Program Mari Mengajar PBA' wo sanka shimasu. Shicigatsu de.
Zenbu, tanoshimi ni iku yo. Atashi wa ii sensei ni naritai. Zehi!
UPSI de yukkuri,yukkuri shizuka ni naru. Daigakusei wa furusato he kaerimashita.
Minna, kyujitsu omedetou!
Roku semester Kagaku no daigakusei wa raishuu ni proposal no purezentēshon ga aru.
Dakara, minna, ganbatte ne (^_^)
Rai semester wa watashitachi no saigo no semester desu ne..Upsi de. hihi..
Hayai desu ne..
Soshite, tanoshimi mashou ne. Dakara, suru koto omoide ni nokoru yo!
Dakara, ja ne, minna san. Ogenki de!
Watashi ni wasurenai yo..hehe (^_^)''
Posted by insyirah sensei at 10:36 PM 2 comments