BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 29, 2011

Makin hari makin sayang

Assalamualaikum


Hari ni sangat best ajar kelas 1B. Alhamdulillah, kelas dapat bermula tepat pada masanya walaupun kelas diorang sebelum tu kat tempat lain. Diorang balik ke kelas, tgk2 cikgu ni dh tercongok kt dlm kelas sbb cikgu ni suka dtg awal..hihi


Sebelum start kelas, cikgu kutip dulu report PEKA yg diorg dh wat semalam. Alhamdulillah, semua pelajar hantar. Huhu..may be diorg dh korek cerita drpd kelas 1L pasal denda apa yg cikgu ni bagi kpd sesiapa yg xsiap homework.. ngeh3. Cikgu suka sangat pelajar2 yg dengar kata cam diorang ni. Cikgu saayaanngg korang (^_^)


Di awal P&P, cikgu minta la 2 org volunteer ke depan. nk tau apa yg berlaku? terkejut gak tadi. Ramai sangat yg nk ke depan! Sampai berebut-rebut. Ada yg berlari2 nk cop jadi volunteer dan terus ke depan. Ini kes yg budak2 saiz2 kecik la. Yg badan besar2 skit angkat tangan tp beralah jelah sbb yg lincah2 tu dh berlari ke depan..haha. lawak la diorg ni. may be sbb cikgu ni pegang air dan bekas. So diorg cm excited la nk tolong wat demonstration sbb demonstration masa kelas2 sblm ni bestt..hihi.


Demonstration hari ni pasal cm ne nk terapungkan objek yg tenggelam. Cikgu ni bior aje student2 tu explore. Sampai diorang berjaya terapungkan objek tu. DEkat 3 org gak la yg try. Gembira betul diorg bila dh jadik. Alhamdulillah, misi tercapai!


Pastu cikgu explain la cm ne leh terapung drpd tenggelam sblm ni. Budak2 tu pn dgrla dgn bersemangat. Tp ada jgk yg cm lesu skit. Maklumla, kelas ni dh tgh hari. Lagipun, pg td diorg ada PJK. So, T-shirt yg dipakai tu xyah cakap la baunye cm ne.. Budak2 la kan..

Then, Cikgu pn terus wat aktiviti berkumpulan. Suruh diorg discuss dlm group pasal application utk chapter 3 tu. Setiap group cikgu bagi 1 gambar n suruh diorg discuss. Tadi ada 5 groups. Mula2 tu diorg cm xserius la discuss. Ada yg blur2. Cikgu pn facilitate la diorg tu. Bimbing je, xbg jwpn pn. bila cikgu cakap tinggal 2 minit lg, bersungguh2 diorg discuss n tulis point2.


Then, cikgu wat undian group mana present dulu. Presentation ni ada markah. Markah presentation dan jgk markah utk penyoalan. Mana2 group yg ajukan soalan kt presenter tu pn dpt markah as long as soalan diorg tu relevan. Group 1, semua girls. So, diorg cm malu2 skit. Group 2 pn all girls. Tapi presentation diorg bagus skit. Lebih tersusun dan jelas. Group 3, all boys. group yg ni sgt2 aktif. Diorg la plg bnyk tanya soalan kt kwn2 yg group2 lain. Tapi presentation cam hampeh skit. Point2 diorg ada cuma penympaian kurang serius. Group 4, all boys. Group ni plg best presentation. Ada mukaddimahnye, penympaian tersusun dan jelas. Group 5 plak plg pasif. Group ni mix lelaki n perempuan. Tanya 2 soalan je spnjg sesi aktiviti ni. At least ada la jgk soalan drpd diorg drpd xde tanya soalan langsung kan..?


Budak2 tu berebut2 nk tanya soalan especially pd group2 yg present masa last2. Yela, nk kumpul markah..huhu. Tapi sbb masa x mengizinkan, terpaksa la limit kan question diorg tu. Hmm... mesti korang tertanya2 kan, knp x mix gender utk sume group. Actually cikgu ni dh wat group dh yg mix their gender. Tapi diorg duk ikut group tu masa wat P&P dlm lab je. Dlm kelas, duk kt tmpat masing2. Dlm kelas diorg duduk asing2 lelaki ngn perempuan. Sbb tu bila group activity kat dlm kelas jadi ada group yg only boys n only girls.


gmbr bdk2 ni present xdpt nk upload. internet connection is very low. Gambar yg masa diorg meriah tnye soalan tu pn x ter'snap' sbb diorg sgt excited berebut nk tnye soalan. So, cikgu xleh la nk curi2 pegang kamera sbb nk kena kawal diorg. Almaklumla, bising sgt...



Drpd aktiviti yg dijalankan hari ni, cikgu dpt la korek skit2 bakat2 yg terpendam yg ada dlm kelas tu. Klu sblm ni xtau plak yg student tu reti brcakap di khalayak, skrg dh tau dah. Pastu yg mana ada ciri2 kepimpinan tu, dh nampak dh. Yg mana2 cikgu rasa yg x dpt sesuaikn diri dgn team group tu, cikgu kena fikirkan strategi cm ne nk wat.


Apa2 pun, sayang sangat kt diorang ni...

Rasa cm sekejap je, dh tinggal only 7 weeks more for practicum.


Ja mata ne. oyasuminasai. (^_^)

p/s : esok ada both kelas. 1B and 1L. Tak sabar nk jumpa diorang.^^

0 comments: