BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 12, 2012

Bicara Selebriti - 9 Mac 2012


Assalamualaikum

Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, pelbagai acara dan program telah diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. OK, straight to the point... Pada 9 Mac yang lalu, saya telah menghadiri program Forum Bicara Selebriti yang diadakan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan. Bersama adik bongsu, saya telah hadir ke dewan tersebut tepat jam 9 malam.


Buat pengetahuan, dewan tersebut penuh dengan hadirin. So, barisan panelis boleh dilihat pada gambar di atas. Tetapi ada pembetulan skit, salah seorang panelis, iaitu Daphne Iking telah digantikan dengan Syarifah Khazif Fazilah, iaitu qariah yang tersohor. Beliau juga merupakan pengacara Akademi Al-Quran di TV9. Dan, yang paling menarik perhatian, tentulah dengan kehadiran heroin Ketika Cinta Bertasbih, iaitu Oki Setiana Dewi! Mbak Oki sunggguh cantik! Subhanallah.


Sepanjang program tersebut, banyak input berguna yang saya dapat. Di sini, dikongsikan serba sedikit yang sempat dicatatkan oleh jari jemariku kerna pena tergesa-gesa menuliskan informasi nya.. hehe


1) DREAM BIG - just dream! and make sure DREAM big enough! till someone tell you that u can't achieve it, then that dream is classified as big enough. If someone tell u that u're crazy for dreaming that, tell them; ''SO WHAT?!'' ...... ^_^

2) Oki ada bagitu yg dia selalu tulis impian dia dalam diari sejak kecil lagi. Antara impian Oki ialah dia ingin menjadi seorang artis, ingin menulis buku dan ingin menuntut di Universitas Indonesia. Alhamdulillah, semua impiannya telah tercapai!

3) Kita, sebagai umat Islam mesti cuba sedaya upaya bantu agama Islam semampu yang boleh. Sebagai contoh, kita boleh sebarkan dakwah melalui fb, tweeter, blog, upload video di youtube , etc. InsyaAllah, Allah SWT akan bantu kita jika kita sungguh-sungguh. NOTHING IS IMPOSSIBLE, JUST DO IT!

4) Ingat-mengingati, kita semua adalah daie.

5) Man jadda wa jada

6) mesti fokus, jangan setengah-setengah!

7) berusaha, berdoa, bertawakal semua seiring

8) muhasabah, apakah setiap yang aku lakukan ini untuk Allah SWT?

9) LEARN FROM MISTAKE

10) tak semestinya kena jadi frontliner, duk di belakang tabir pun apa salahnya! (EVERY GREAT MAN, THERE'S A WONDERFUL WOMAN)

11) Sampaikan walau sepotong ayat

12) kena pandai 'market'kan Islam

13) ruang dakwah sangat besar. Nak dapat hidayah, jangan tunggu hidayah datang, tapi kena cari.

14) BAHAYA bohong dan menipu, sebab akan affect jalan hidup, eg: ibadat, solat.

15) Allah SWT cinta orang yang baca Al-Quran. Allah SWT jaga setiap orang yang jaga Al-Quran.

16) JANGAN hidup dalam 'tulul amal', iaitu sentiasa angan-angan.

17) LIVE IN NOW, seolah-olah kita mati hari esok.

Memang best sangat program ni. Dengan keletah moderator, Amin Idris yang sangat menghiburkan, menyebabkan hadirin tak kering gusi dan segar je mata sepanjang forum ni walaupun dah lewat malam. Hadirin yang mengajukan soalan-soalan pun ada yang lawak gak. Masih teringat lagi yang bertanya kepada Oki ''Cinta itu apa sih?''....hehe


Sebelum menutup tirai Bicara Selebriti, Oki Setiana Dewi membaca sebuah puisi yang dikarangnya sendiri, khas buat rakyat Kelantan.


Sangat best OK! Syabas, Oki. Program tamat lebih kurang pukul 11.40 malam. Sebelum pulang, sempat membeli 2 buah buku tulisan Oki Setiana Dewi. Each book RM25.




Sangat berbaloi beli buku-buku ni, besttt sesangat! Congratz OKI!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan negeri Kelantan yang menganjurkan majlis ilmu sebegini. Diharap lebih banyak program seumpama ini diadakan di negeri Serambi Mekah ini.
Sekian, terima kasih. (^_^)